May 24th 2010 07:11 am
Lokasi memancing sekitar Sri Aman, Sarawak
Sri Aman, Sarawak
Sri Aman is a market town and port, and the capital of Sri Aman District and Sri Aman Division in Sarawak, east Malaysia.
Sri Aman is also called Bandar Sri Aman, and was formerly known as Simanggang. Sri Aman in the Malay language means “town of peace .” Located on the Lupar River, it is 193 kilometers, a three hour drive, from Kuching the capital city of Sarawak. It is a trade center for the timber, oil palm, rubber, and pepper of its mostly agricultural district.
Sri Aman is famous for the benak, or tidal bore, of the Batang Lupar River[1]. The tidal bore comes in from the river mouth and fills up the river very rapidly in the course of about 10 minutes. The wave crest at Sri Aman is up to 2 to 3 metres high. This is one of approximately 400 rivers and estuaries in the world where this phenomenon happens. There is a timetable at the river which has the time and dates for when the tidal bore will occur, but the really big ones occur only a couple of times a year. The author Somerset Maugham almost lost his life at Simanggang during one of these tidal bores, and commemorated the event in his short story Yellow Streak.
Sri Aman is also a gateway for tourists to the Batang Ai National Park, and cultural tours to the Iban longhouses along the rivers.
From Wikipedia, the free encyclopedia
__________________________________________________________________________________

Sri Aman (asalnya Simanggang) merupakan salah satu bandar dan bahagian dalam Sarawak. Nama Sri Aman diambil sempena dengan penyerahan diri anggota parti komunis yang dipimpin oleh Bong Kee Chok sekitar tahun 1974.
Sri Aman juga mempunyai sejarah yang lama semasa penjajahan British. tempat kediaman mereka yang dinamakan ‘Kubu Alice’ sekarang ini masih wujud dan pernah menjadi kunjungan orang ramai.Sayang sekali keadaan ‘Kubu Alice’ kini terbiar dan tidak diselenggarai.
Sri Aman terkenal dengan buaya legenda “Bujang Senang”nya dan fenomena unik ombak gadang yang digelar BENAK. Pesta BENAK diadakan setiap tahun sekitar bulan Mei dengan acara utamanya adalah regata lumba perahu pelbagai kategori pengayuh dan acara-acara sampingan yang lain.

Terdapat juga sejenis ikan yang begitu popular di kalangan penduduk tempatan, ‘Ikan Bulu’ sejenis ikan sungai yang sangat sedap jika dipansuh (masak di dalam buluh) atau dipais (ikan dibalut dengan daun pisang atau daun apong dan dibakar. Dulu Sri Aman juga terkenal dengan Ikan Salai (ikan kering yang diasapi) antaranya ikan jan salai & ikan lumek salai.
Taman Negara Maludam

Sejarah Daerah Kecil Maludam
Daerah Kecil Maludam merupakan sebuah perkampungan nelayan yang terletak di muara Batang Lupar dan Muara Batang Saribas dalam pentadbiran Bahagian Betong yang dahulunya Bahagian Sri Aman. Daerah Kecil Maludam mempunyai keluasan seluas 479 kilometer persegi.
Sejarah awal wujudnya Kampung Maludam adalah antara tahun 1911 sehingga awal 1930an yang mana pada masa itu terdapat 5 buah rumah sahaja dan didiami oleh mereka yang bernama Bandung b. Dagang, Adak b. Dagang, Kumat b. Dagang, Banun b. Dagang dan Bangkang b. Katut. Mereka merupakan orang Melanau yang berasal dari Batang Rajang dalam bahagian Sarikei. Pekerjaan utama mereka ialah menjadi nelayan.
Dari aspek pengangkutan, Daerah kecil Maludam hanya boleh dihubungi dengan menggunakan laluan pesisir laut dan sungai yang memakan masa lebih kurang 2 jam perjalanan atau 130 km dengan menggunakan bot laju dari Bandar Sri Aman. Untuk ke Pekan Sebuyau yang sejauh 75 km pula, akan memakan masa lebih kurang 1 jam dan ke Pekan Pusa (80 km) juga memakan masa lebih kurang 1 jam. Terdapat juga perkhidmatan Bot Ekspress dari Kuching ke Maludam yang memakan masa 2 jam.
Penduduk Daerah Kecil Maludam terdiri daripada 80% (Melayu/Melanau), 15% (Iban), dan 5% (Cina). Mengikut banci Penduduk Dan Perumahan Tahun 2000, jumlah keseluruhan penduduk Maludam adalah seramai 5,230 orang. Maludam merupakan sebuah perkampungan nelayan, maka punca pendapatan utama penduduknya adalah hasil laut iaitu meliputi 60%, sementara 205 lagi terlibat dalam pertanian,10% buruh dan selebihnya 10% dalam bidang-bidang lain seperti perniagaan dan pekerja kerajaan.
Oleh kerana majoriti penduduk Maludam terdiri daripada nelayan dan petani, maka Persatuan Nelayan Unit Maludam dan Pertubuhan Peladang kawasan Maludam telah diwujudkan untuk memberi lebih pendedahan serta bantuan kepada nelayan dan petani agar mereka dapat meningkatkan produktiviti mereka.
Di daerah Kecil Maludam terdapat sebuah Taman Negara yang dikenali sebagai Taman Negara Maludam yang seluas 43,147 hektar. Taman Negara Maludam yang telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri Sarawak Vol. IV bertarikh 31 Mei 2000. Walaubagaimanapun, pada masa kini, kajian dan penyelidikan terperinci masih giat dilaksanakan oleh pihak Jabatan Hutan Sarawak.
Kepelbagaian hidupan liar, flora dan fauna serta keunikan Kampung Maludam ini telah menarik perhatian pelancong dari luar negara untuk datang ke Kampung Maludam dan pihak Singai Travel Agency dengan kerjasama penduduk Kampung Maludam telah mengadakan program Homestay untuk para pelancong di sini. Pelancong yang mengikuti program Homestay ini berpeluang untuk mengikuti dan menikmati kehidupan di Kampung Maludam serta dibawa bersiar-siar ke Taman Negara ini.
Daerah Kecil Maludam merupakan sebuah perkampungan nelayan yang sedang membangun. Usaha ini ternyata lebih giat dengan kegigihan pemimpin masyarakat di samping bantuan serta kerjasama jitu agensi kerajaan dan swasta dengan penduduk setempat.
Taman Negara:-
Taman ini terletak di daerah kecil Maludam. Untuk ke sini bolehlah menggunakan jalan darat dari Pusa dengan menggunakan jeti di Tanjung Lilin. Kenderaan untuk ke Maludam boleh mengunakan van dan motosikal. Taman ini terkenal dengan orang Belanda iaitu sejenis monyet merah yang berhidung besar. Selain itu juga,ia terkenal dengan bukit tanah payanya.
Taman Negara Maludam ini meliputi kawasan seluas 43,147 hektar yang mana kawasan merangkumi kawasan Batang Saribas-Batang Layar dan Sungai Batang Lupar. Kawasan ini meliputi Hutan Simpan Maludam seluas 16,592 hektar dan hutan Triso seluas 26,555 hektar. Di dalam kawasan ini terdapat pelbagai habitat unik termasuk spesis haiwan yang tergolong dalam kategori terlindung dan hampir pupus di Asia. Contohnya red-banded langur atau dalam istilah tempatan kera merah. Selain itu, kera belanda, burung raya. Begitu juga flora dan fauna yang masih terpelihara.
Bagi yang berkeinginan untuk mengunjungi taman negara ini bolehlah pergi menggunakan darat melalui daerah kecil Pusa. Apabila sampai di Pekan Maludam, kita boleh memlih untuk homestay dengan penduduk tempatan atau pun di bilik murah yang ada di Pasar Maludam.
Ikan Terubuk
Musim terubok jatuh pada bulan Jun dan Oktober setiap tahun. Walau bagaimanapun, kuantiti ikan ini bergantung kepada musimnya. Walaupun dalam kesibukan menikmati keenakan terubok, kempen memulihara ikan terubok juga telah dilaksanakan.

Bagaimana hendak mengenali TERUBOK SARAWAK? Terubok Sarawak adalah terubok sungai atau spesis ‘Tenualosa Toli’ merupakan spesis yang amat unik kerana Sarawak merupakan satu-satunya tempat yang terdapat spesis ini di dunia. Selain itu, ikan 2 jantina. Jantan pada tahun pertama dan lebih dikenali sebagai EMPIRIT dan bertukar menjadi TERUBOK betina yang bertelur pada tahun kedua.
Terubok Sarawak mempunyai banyak perbezaan dengan terubok spesis lain seperti terubok laut (Tenualosa Macrura) dan terubok yang diimpot (tenualosa ilisha). Antara perbezaan yang nyata ialah muncung (mulut) terubok Sarawak lebih besar dan panjang. Kepala terubok Sarawak lebih kecil dan badan lebih gemuk dan pendek.
Antara kawasan tangkapan terubok ialah BATANG LASSA (Tebaang & Daro), BATANG SARIBAS (Pusa, Beladin & Maludam) dan BATANG LUPAR (Lingga & Sebuyau).

Peta Kawasan Terubok Di Sarawak
Antara hasil pancingan oleh rakan pemancing kita di Maludam.
Ikan Tapah


Kurau

Taman Negara Batang Ai

Taman Negara Batang Ai yang diwartakan pada tahun 1991, ialah tempat perlindungan pelbagai jenis hidupan liar.
Ianya juga berfungsi sebagai kawasan tadahanan air bagi sebuah tasik buatan yang membentuk empangan hidroelektrik Batang Ai.
Tasik ini merangkumi kawasan Lembah Engkari dan Lembah Ai di mana permandangannya yang indah melengkapkan suasana tenteram dan aman di sini.
Oleh kerana kemudahan di kawasan taman negara ini adalah terhad, cara terbaik untuk menikmati kawasan ini ialah dengan mengambil bahagian dalam lawatan ke rumah panjang.
Anda berpeluang bertemu dengan kaum Iban dan mempelajari cara hidup mereka di rumah panjang.
Saksikan juga kaum Iban berinteraksi dengan alam semulajadi dalam hidup seharian mereka tanpa mencemar atau memusnahkannya.
Tips
Lawatan ke rumah panjang merupakan pengalaman yang sungguh menarik, terutamanya masyarakat Iban yang terkenal dengan keramahan mereka.
Pengangkutan
Kereta, Van
Taman Negara Batang Ai terletak hanya beberapa jam perjalanan dari bandaraya Kuching. Sekiranya lawatan anda telah dirancang bersama dengan pengusaha pelancongan, maka kemudahan pengangkutan akan dimasukkan di dalam pakej lawatan tersebut.
Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Tourism Malaysia Sarawak di talian : +6082-246 575 / 775 E-mel: mtpbkch@tourism.gov.my
Penginapan
Selain dari resort bertaraf 5-bintang yang terdapat di taman negara ini, pengendali pelancongan anda juga boleh mengaturkan penginapan di rumah panjang Iban yang berdekatan.
Antara hasil tangkapan rakan pemancing dari Batang Ai…



By Terubuk
3 Comments »
zahidah on 03 Jul 2010 at 3:19 pm #
nice…. ada pic bapa saya lah…
kenthoes on 03 Jul 2010 at 9:14 pm #
wow…
cantek…
fatin on 20 Sep 2010 at 2:53 pm #
sy ske mancing wlupn sy girl..tp sy geli nk pgang cacing…mm kdg2 ikot adik g mancing…tp dia x slu ajak sb sy pempuan..