December 25th 2009 08:35 pm

Port Klang Threadfin Salmon – Kurau, Senangin, Gobal dan Senohong

Fishing methods:

Baitfishing with live prawns.
Baitfishing with live mullet/belanak
Baitfishing with tamban/beliakmata
Baitfish with cabuk/anak ikan parang
Baitfish with live octopus/sotong kurita
Lures or Fly

Fighting characteristics:
Always tighten slack line after a couple of bite. Stimulate bait is running away. Wait for the fish to strike, timing is very important, once the bait is taken, wait until fish moves away and swallow it before setting the hook. An extremely fast fighter, that often surprises with a few extra runs. Kurau have a huge mouth that can accommodate big baits and the ability to throw hooks
The most important factor is the tide,weather,tempeture,surrounding,bait presentation,water candition but the key word is still patient/sabar and a strong will. If you still don’t get one{Threadfin Salmon/kurau} please go and repeat again.

Identification:

Complete body covered with small scales.
Upper body grey-green, silvery sides and brilliant silver belly.
Dark edges on the tail and the large second dorsal fin.
Blunt nose and four threaded pectoral fins.

Typical location:
Shallow and calm water with muddy bottom in salt, brackish and semifresh water/air payau.

Went for some Threadfin/Kurau fishing recently. Here’s some Pic of Port Klang Threadfin/Kurau fishing…..

Firstly we have to go and find our live baits using handcast net(jala).

Port Klang Threadfin Salmon likes structured places…

Port Klang Threadfin/Kurau, Senangin, Senohong dan Gobal

Ikan Kurau, Senangin, Senohong dan gobal ni adalah dari ‘family tree’ yang sama tapi berlainan spesis. Memang ramai yang berpendapat bahawa Senangin beso digelar Kurau dah Kurau beso digelar Senohong dll. Ada jugak yang berpendapat bahawa ia ditentukan dari panjang misai-2 ikan Kurau atau Senangin itu. Ada pulak yang berpendapat bahawa warna Kuran dengan Senangin berlainan.

Ini semua adalah ‘pendapat’ yang salah…!!!


Warna Ikan family treadfin salmon ini BOLEH bertukar untuk kesesuaian habitatnya. Contohnya Ikan Kurau atau ‘King Threadfin Salmon’(Polydactylus macrochir), ia boleh berwarna ‘keemasan’, ‘silver’ dan kekadang ‘hitam’. Saya telah membuktikan facta ini kepada beberapa kekawan MFN yang pernah gi manceng dengan aku.
Ikan Kurau yang warnanya ‘keemasan’ ini biasanya boleh dijumpai di kawasan air yang lebih dalam dan juga ‘berstructure’ seperti di kawasan jetty dan juga kawasan berkarang atau bertukun. Ikan Kurau yang berwarna putih pulak biasanya boleh dijumpai di kawasan air dalam yang TIDAK berstructure dan Ikan Kurau yang berwarna ‘kehitaman’ dibahagian bawah perutnya pulak biasanya boleh dijumpai di kawasan air cetek yang berlumpur. So, warna Ikan Kurau tertakluk pada habitatnya, bukan spesisnya.

Ikan Senangin pulak biasanya berwarna ‘silver’ keputihan dan Ikan Senangin besar selalu dianggap sebagai Ikan Kurau kawasan air dalam yang tidak berstructure yang warnanya lebih kurang sama dengan Ikan Senangin atau lebih dikenali sebagai ‘Blue Threadfin Salmon’(Eleutheronema tetradactylum).
Ikan Senangin boleh didapati di kawasan-2 yang ada Kurau juga tetapi ia biasanya lebih suka di mid-water to surface. Di Port Klang, ada setengah pemancing suka mengunakan kaedah ‘drifting’ dengan sotong kurita hidup untuk memancing Ikan Senangin yang berskala lebih besar. Ikan Senangin juga mempunyai rupa yang berlainan dengan Ikan Kurau jika diperhati betul-betul. Matanya lebih ‘menurun’ jika dibezakan dengan ikan kurau kerana ikan kurau ialah ikan spesis ‘bottom dweller’ dan suka carik makanan di dasar laut. Ikan Senangin pulak lebih suka mengejar mangsanya, ia adalah lebih ke jenis spesis ‘Predator’.
Ini menjelaskan mengapa mata Ikan Kurau dengan Ikan Senangin berbeza.

Selain dari mata, bentuk badan, sirip dorsal dan juga ‘misai fourfinger’ ikan Senangin berbeza dengan Ikan Kurau.


Ikan Senohong atau lebih dikenali sebagai African Giant Threadfin Salmon mempunyai rupa bentuk yang berlainan dengan Ikan Kurau dengan Ikan Senangin. Aku telah diberitahu olen Encik Marlin dari MFN bahawa Ikan ini tidak boleh didapati di perairan Malaysia terutamanya Port Klang. Ikan Senohong ini berlainan dengan Ikan Kurau yang berskala besar, dan ramai pemamcing Port klang telah berjaya memancing Ikan Senohong ini dan mereka bersependapat dengan aku bahawa rupa Ikan Senohong berlainan dengan Ikan Kurau. Untuk memanstikan ia dikategorikan didalam spesis apa, cuma DNA test boleh menentukanya.

This Threadfin was caught by Openg(MFNer)

A whopping 23kgs King Threadfin Sakmon/Senohong

Kes paling sedih di Perairan Port Klang adalah spesis Ikan Gobal. Sekarang amat sukar untuk melihat sekor Ikan Gobal yang berskala besar di Port Klang kerana jenis spesis ini hidup dalam sungai-2 di Port Klang dan Sungai-2 Port Klang telah dirosakan oleh bahan buangan kilang, pukat tunda dll. Sebelum ia sempat membesar, ia telah menjadi mangsa-2 perosak alam sekitar tu.

Ikan Gobal ini mempunyai sirip ‘misai fourfinger’ yang paling panjang jika dibezakan dengan semua spesis family Threadfin Salmon. Kita sekarang hanya mampu dapat mancing yang ‘anak-anak’ sahaja.

Kurau ni hidup berhidrah, ia sentiasa bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain mengikut arus, cuaca, moonphase dan sebagainya.

Saya pernah nampak hanya sekali sahaja Kurau jinak yang di pelihara di sangkar/kelong peliharaan ikan di laut(Pulau Ketam). Kurau ni boleh dipanggil datang oleh tuannya dan boleh di’sayang’ atas kepalanya tetapi ikan kurau tu nampak macam ke-uzuran sahaja, letih semacam dan tidak active. Mungkin ikan kurau ini spesis tidak boleh dikurung jadi sampai sekarang takde sangkar/kelong ikan yang pelihara Kurau.

Setup terpulang kat kawasan mana kamu manceng. Kalau di kawasan ‘open’, set up 30lbs pun dah cukup tapi kalau mancing kat kawasan berstructure, kekadang setup 50lbs keatas pun putus/patah. Saya tak nasihat mengunakan perambut dawai, kurang effective untuk mancing kurau. Pakai jer tali mono atau jenis florocarbon can Berkley Vanish dll.

Tips untuk memancing Kurau…

UMPAN
1)Udang Hidup(Jala)
2)Ikan Belanak Hidup
3)Ikan Tamban atau Ikan Beliakmata
4)Cabuk/Anak Ikan Parang
5)Sotong Kurita Hidup/Cumit Hidup
6)Gewang dan Fly Fishing ( http://kurauking.com/gallery/d/16569-2/P4100041.JPG )

Perambut
Image

1)Keadaan air/ikan/enviroment/cuaca/lubuk memainkan faktor utama untuk memancing i.e:- katakan ikan kurau, untuk memancingnya air paling elok ialah semasa air surut habis dan mula gerak pasang, pada air nyerong kecil{3.8m – 4.5m}, keadaan persekitarannya tiada jaring atau activiti yang mencemarkan air{kapal sedut pasir} dan factor cuaca{hujan/gerun biasanya mengurangkan peluang}.

2)Ikan kurau pandai mencuri umpan jika kita terleka, cara makan atau meragut umpan amat cepat dan jika kita sentap terlalu cepat kita akan kehilangan umpan. Kebiasaan ikan kurau ni akan kendurkan tali pancing semasa meragut umpan dan kita perlu menegangkan tali supaya bersedia untuk ragutan kedua atau menunggu ia menelan umpan.

3)Untuk memancing ikan-ikan tersebut, harus lah kita tau lubuknya, masa yang paling sesuai bergantung pada jenis ikan, airnya,enviroment dan cuaca seperti tercatat diatas.

4)Casting lures pun effective, presentation very important. Jika kita boleh present itu lures seperti belanak hidup, mesti disambar punya.

5)Ikan Kurau biasanya datang berkumpulan dan kita perlu menunggu di satu lubuk sahaja jika ada kehadirannya.

6)Air nyerong/bani(Neap Tide) adalah masa yang paling sesuai untuk memancing Kurau di Perairan Port Klang.

Image

Sometimes we do get all the other species of Port Klang Estuary fish


No Comments yet »

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

« | »