March 31st 2008 11:48 pm
Memancing di Pulau Pangkor – 29/03/08
>
<
>
“Woi… Sapa nak pi Pangkor? Aku nak buat trip nih…”. Dah berpuluh kali aku taip menatang nih kat thread tapi takde sambutan. Dah berbulan lamanya. Maybe takde sapa berminat ngan Pangkor yang nama kawasan memancingnya tidaklah sehebat kawasan2 jirannya seperti P9 atau Jarak. Erm… Takpa lah… Aku jemput sendiri jer lah ahli2nya… Aku taip satu sms kepada seorang rakan. “Wei terubuk. Aku nak pi Pangkor awal April nih. Ko kena ikut gak. Aku tak kira. Ini satu paksaan. Kalau tak ko takleh paw rokok aku lagi… Keh keh keh…”. Laju jer terubuk reply dan bertanyakan baper haribulan nak pegi. Aku cadangkan 5 April tapi terubuk tak boleh join sebab dia ada tugas untuk melaksanakan satu pertandingan memancing untuk pejabat dia bekerja. Adoi… Camtu plak… “Takpa… Aku tukar tarikh jadi 29 Mac. Takdak alasan dah… Hehehe…”. Satu lagi sms aku hantar kat dia. Jawapan hanya satu perkataan sahaja yg membuatkan aku tersenyum… “Ok”. Tu jer dia taip. Hahahahaha… Ahli seterusnya… Aku jumpa masa minum petang kat Kolam Memancing Danau Biru, Bangi… AbangLongBangi dan mata kail. Hari terasa begitu cerah walaupun dah nak maghrib bila dorang dua2 setuju tanpa sebarang ugutan dari aku… Yes!!! Misi berjaya… “Nak target apa kat sana nanti?” tanya mereka… “Hehehehehe… Kita pi mancing rilek2 dah la… Takda target, takda syarat. Semua bedal. Apa dapat pun takpa. Nak pi rehat2 ja…” aku jawab dengan muka bodo… Semua setuju ja. Hehehehe… Nasib ler…
Masa bergerak begitu pantas dan tarikh yang dirancang semakin hampir untuk tiba. Ahli bertambah dan berkurang kerana hal masing2. Cuma 4 ahli terawal masih dengan pegangan masing… Bila tarikh semakin dekat, KerangKing memohon untuk turut serta. Aku ok jer… Yang lain2 pun takda masaalah. So, bedal jer la… Dan beberapa hari sebelum bertolak, mata kail terpaksa mengundur diri atas masaalah yang kami semua boleh terima. Urusan dia adalah lebih penting. Jadi, tinggal la kami berempat jer… Bot pun memang best2 jer kalau naik 4 orang. Lapang jugak la dengan barang2 kami yang macam nak lari rumah je. Hahahahaha… 29 Mac pun tiba tapi kami bergerak secara berasingan. Aku dan terubuk tunggu di rumah mertua aku kat Tapah dan AbangLongBangi dan KerangKing pula akan bertolak dengan kenderaan yang lain. So, perjalanan pun bermula…
Lokasi: Pulau Pangkor.
Tarikh: 29 Mac – 30 Mac 2008.
Ahli: Aku, terubuk, AbangLongBangi dan KerangKing.
Acara: Memancing dengan sesuka hati… Hehehehe…
Beberapa keping gambar di ambil masa AbangLongBangi tiba di rumah KerangKing…
Berenti kencing pun nak amik gambar ke???
AbangLongBangi dan KerangKing tiba di rumah mertua aku jam 7 pagi. Kami sarapan dulu la… Mertua aku dah suruh makan… Hentam sajalah… Bila semua dah makan, kami pun bertolak dari Tapah pada jam 8.00 pagi untuk menuju ke Setiawan, tempat di mana kami menyewa bot untuk trip ini.
Keter aku sebagai penunjuk jalan walaupun aku pun tataw jalan. Ikut signboard jer la… Hahahaha…
Sampai di Pekan Air Tawar, kami sarapan sekali lagi. Gila ah bebudak nih. Makan banyak kali. Perut tak penuh2 ke apa? Hahahaha… Sambil tu beberapa bekalan lain turut dibeli… Kang senang dah atas bot tak kelam kabut…
Tiba di Setiawan pada jam 9.30 pagi…
Antara bot yang disediakan…
Punggah barang masuk bot la… Suda lambat lorrrr…
Beli udang hidup la dulu buat umpan…
Ketam pun ada tapi kami tak beli la… Hehehehe…
Setelah semua urusan di jeti selesai, kami pun bertolak ke Pangkor dengan tak berharapan besar lansung. Hahahaha… Dah kata pun nak rilek2. Apa mau risau… Tapi hati sangat senang dan teruja… Boleh naik bot pun dah seronok. Kena lagi dengan kawan2 yang kepala sempoi… Mau tak kecoh… Hahahaha…
AbangLongBangi a.k.a si tukang sauh… Hehehe…
Tekong kami… Tuan terubuk… Keh keh keh…
Aku sebagai organizer yang baik hati. Hahahahaha…
Gambar encik KerangKing a.k.a tukang ambil gambar aku dah amik tapi dia pi delete ke apa aku pun tataw. Takda pun dalam simpanan. Hehehehe… Dia malu agaknya. Muahahahaha… Perjalanan mengambil masa agak lama so, banyak la gambar2 yang di ambil…
Antara gambar yang diambil semasa dalam perjalanan…
Sebelum sampai ke Pangkor, kami berhenti di kawasan Lumut terlebih dahulu untuk layan gelama sebagai pemanas badan… Saja nak basahkan set pancing terlebih dahulu… Kalau dapat banyak boleh buat ikan masin. Hehehehehe…
Lesen pertama oleh AbangLongBangi… Kerapu 5kg. Eh silap… 0.005kg sebenarnya. Hahahaha…
Tadi nampak cam besar tapi inilah saiz sebenarnya… Wakakakaka… CnR jer la…
Aku masih membangau tapi terubuk dah naik beberapa ekor gelama…
Gelama yang dijadikan umpan oleh KerangKing… Tapi hampeh… Keh keh keh…
Dah dapat gelama beberapa ekor, kami pun terus ke Pangkor untuk acara seterusnya… Kami cuba untuk mencari spot2 yang agak menarik di pandangan mata kami dengan berpandukan sedikit klu yang diberikan oleh seorang sahabat. Terima kasih diucapkan kepada nakdesa atas klu itu… Tapi nak ambil semua pun maybe tak sempat. Cuba yang mana ada jer la… Di spot pertama, kami layan bottom dan drift…
Spot pertama yang dicuba…
AbangLongBangi kini sudah menjadi penternak lembu… Keh keh keh…
Ikan yang boleh berdiri tegak… Hahahahaha…
Penternak lembu yang ke dua… Hencik terubuk… Hehehehe…
Mooooooo… Wakakakakakaka…
Tengah syiok layan lembu, tiba2 sreeeeeetttt… Umpan drift dah mengena… Semua terkejut dan menunggu mangsa menonjolkan diri. Reel terubuk berbunyi bising tapi berjaya dilayan dengan baik… Ikan menjulang ke udara beberapa kali untuk melepaskan diri. Asakan ikan agak kuat namun berjaya juga ditewaskan…
Banang yang berjaya ditewaskan oleh terubuk… Banang terbesar trip ini…
Selang beberapa minit mesin AbangLongBangi pula mengena… Juga dengan teknik drifting… Syiok wooo dengar mesin dia berbunyi… Layan punya layan, banang kedua berjaya ditewaskan… Semasa KerangKing nak amik gambar, umpan KerangKing pula diragut pemangsa… Tak jadi nak amik gambar… Hehehehe… Kesian AbangLongBangi. Takde la gambar dia ngan banangnya… Jangan marah. Hehehehehe…
KerangKing layan banang pakai bc lorrr… Apa ada hal??? Hehehehe…
Strike berikutnya dari terubuk lagi… Kali ini tarikan lagi berat katanya… Banang tersebut melompat keudara… Memang lebih besar dari yang tadi… Sedang dia melayan, umpan aku juga disambar… Juga seekor banang yang tak berapa nak besar la… Banang terubuk masih belum dapat naik… Nampak macam teruk gak dia kena… Tgh syiok2 layan, perambut mono putus dikerjakan banang… Aku yang baru nak layan tiba2 terasa longgar. Banang tersebut menjulang ke udara sambil mengucapkan selamat tinggal… Bila karau balik, rupanya tak strike lansung. Umpan udang hanya tinggal badan. Dia tibai kepala jer la… Adoi… Aku dan terubuk sekali lagi lepaskan umpan drift tapi terubuk kali ni pakai perambut steel. Akhirnya dua2 takda strike. Hehehehe…
Semua dah rasa banang… Aku bila lagi??? Isk… Kumpau kot… Apa ikan pun tak naik lagi… Telinga dah berasap kena bahan. Jap lagi kuar nanah la… Adoi… Dengan muka bodonyer aku buat2 tak dengar dan layan appollo… Baru la dapat lesen… Keh keh keh…
Aku pun nak jadi penternak lembu yang berjaya juge… Hehehehe…
Mooooo… Hehehehe… Lembu pun lembu lah…
Memang macam lembu la muka dia… Keh keh keh…
Hasil untuk sesi pertama…
Kami terus bergerak ke lokasi kedua. Nampak macam nak hujan jadi kami menghampiri pulau agar senang jika apa2 berlaku… Port kedua memang la cantik. Rasa macam nak mandi plak. Hahahaha… Port kedua ni kami mencuba2 untuk casting dan bottom. Casting memang tade hasil lansung… Cuma bottom yang banyak menaikkan ikan… Aku cam biasa la… Layan appollo berumpan…
Port kedua yang indah…
AbangLongBangi menjalankan tugas dengan baik…
AbangLongBangi dengan kerapunya…
KerangKing dengan kerapu bottom…
Lagi kerapu…
Aku dengan tetanda karang guna appollo berumpan slice sotong…
Pindah port lagi la… Saja nak cuba macam2 spot berhampiran… Sambil2 nak pindah tu, aku dan KerangKing layan trolling jer la… Mana la tau kot2 ada ikan yang sudi menjamah gewang kami. Lama juga tapi masih tiada sentapan. Tiba2 gewang KerangKing tersangkut apabila melalui kawasan yang sangat cetek… Kami pun berhenti dan berundur untuk menyelamatkan gewang tersebut… Aku mengarau kembali gewang yang aku lepaskan… Bila gewang dah dekat baru aku perasan… “Eh… Ada ikan la… Keh keh keh…”. Tapi kecik jer la. Mungkin sebab tu lansung takda tanda2 gewang disambar. Tapi dah dekat nak koyak mulut ikan tu kena trolling… Isk isk isk…
Kerapu yang menyambar gewang Strike Pro yang di trolling…
KerangKing terbakar gewangnya tak disambar. Muahahahaha… Dapat batu karang jer la… Keh keh keh… Selepas itu kami tak jadi nak tukar port. Perut dah lapar… Pegi cari tempat makan la plak… Masing2 perut dah kosong… Ikan tak banyak pun takpa… Kata nak santai2 ja… Makan la baru santai. Hahahaha… Kami pun terus ke Teluk Nipah untuk mengisi perut… Dah kul 3 dah wei…
Eh… Sapa yang kena berenang tu? Keh keh keh… Konon2 suruh aku la terjun. Wakakakaka…
Di Pantai Teluk Nipah…

Spisis ni terdapat banyak di Teluk Nipah…
Kami makan nasi goreng ayam dan bedal air kelapa muda… Syiok wooo… Tapi tak amik gambar makanan la… Perut dah lapar sangat… Memang menyeronokkan memancing di Pangkor. Nak makan atau nak buang, darat dekat jer… Semua ada. Awek pun ramai… Syiok cuci mata. Har har har… Semua pun jenis tak mengharap hasil tangkapan sangat. Asal dapat release tension dah la… Memang semua yang join cuma nak rilek2 jer. Tengok pemandangan indah di perairan Pangkor dan dapat bersama kawan2… Nikmat dunia… Keh keh keh…
Selesai makan, kami menuju ke spot seterusnya… Ada yang bottom, ada yang appollo dan ada yang drifting… Aku mula2 sampai aku layan appollo… AbangLongBangi dan terubuk pun sama… Mereka berdua banyak menaikkan ikan kunyit dan selar. Ikan kunyit sangat banyak sampai jenuh nak melayan tapi saiznya agak kecil… Selar pulak dah sampai saiz dewasa tapi hanya ada beberapa ekor sahaja. Unjunan appollo pertama aku sangkut… Tarik punya tarik putus… Tekanan la pulak… Aku amik ikan kunyit yang dah separuh nyawa, aku driftkan dia… Pastu sambung appollo. Unjunan kedua juga sangkut. Aku pun tak tau kenapa aku labuhkan di tempat sama walaupun terubuk dah mengingatkan. Weng kejap kot. Keh keh keh… Lansung dah takde mood nak appollo. Dah dua bijik batu lebur… Appollo bersaiz kecik pun dah takde… KerangKing layan tido jer… Hehehehe… So, takda la gambar layan appollo… AbangLongBangi dengan terubuk layan appollo sambil gelak2 plak… Mentang2 ikan banyak… Ceh… Menyampah den!!! Keh keh keh… Dalam bosan2 tu layan isap rokok jer la lagi syiok… Tiba2… Sreeeetttt… Umpan drift aku mengena… Yes!!! Tak kumpau banang la gamaknya… Keh keh keh… Selamat pakcik… Hahahahaha… Dan acara bottom juga menghasilkan beberapa ekor kerapu…

Banang untuk aku… Paling kecik la pulak… Syukur…

Macam rupa burung plak dari depan. Keh keh keh…

Antara kerapu hasil membottom…
Cuaca pun dah agak gelap… Senja hampir tiba dan kami ke satu lagi spot untuk mencandat sotong. Nak guna untuk malam ni la pulak… Candat juga tidak berhasil… Tapi terubuk tetap setia… Aku pun boring2 layan la casting menggunakan gewang micro… Cuaca memang dah agak gelap. Tapi aku buat2 tak tahu dan terus casting. Tak sangka pulak ada makhluk yang sudi nak menyambar dalam keadaan yang samar2… Hahahaha… KerangKing makin terbakar. Casting dia kumpau. Trolling pun kantoi. Hahahahaha…


Kerapu yang menyambar gewang micro jenama Yozuri…
Lepas tu jer terus kami berpindah ke spot lain… Kali ni kami ke satu spot yang mempunyai dasar berbentuk kawah yang agak dalam. Kami melabuhkan umpan bottom. Baru jer umpan cecah dasar, dari jauh kelihatan cahaya kilat yang bersambung2. Adoi… Nak kena lari nih… Bintang sebijik pun tak nampak… Takda rezeki la nak try kat situ… Joran pun dinaikkan beramai2. Joran pertama aku dah dinaikkan. Masa nak naikkan joran kedua, umpan udang hidup yang aku guna terasa berat. Tapi takda pun rasa unsur2 seperti disambar ikan. Aku ingatkan sangkut sampah. Bila dah sampai permukaan, rupanya seekor sotong katak. Hehehehe… Maaf takda gambar. Takda masa nak ambik. Dah nak ribut. Nyawa lagi penting… Masa cari sotong tak dapat pun. Dah nak cari ikan baru naik sotong. Hahahaha…
Gambar selingan… Pangkor yang indah…
Kami pun terus merempit ke kawasan muara Lumut balik… Laju gila KerangKing rembat. Sejuk satu badan. Hahahaha… Tiba di spot pertama berhampiran Jambatan Bainun, kami melabuhkan umpan dalam gelap. Nyamuk punya la banyak… Hasil belum ada tapi badan dah berbintik2. Cabut jer la… Pindah port lagi la kali ni ke kawasan luar sedikit. Hasil hanya beberapa ekor gelama, dua ekor duri dan seekor ulat bulu. Sapa la yang dapat ulat bulu nih… Nasib baik takda gambar. Hahahahaha… Spot ditukar lagi tapi masih berhampiran… Kali ini takda hasil lansung. Hanya nyamuk2 sahaja cuma tak berapa banyak. Last2 semua layan tido dan berembun… Tiba2 KerangKing mengejut semua orang. “Blah… Blah…” katanya… Dah nak ribut lagi nih. Kami bangun. Angin terasa sangat kuat… Kilat pun sambung menyambung… “Nak pegi mana nih?” tanya KerangKing… “Balik Terus jer la” jawab kami… So, keputusan dah dibuat. Kami terus merempit ke jeti bot semula pada jam 3.00 pagi… AbangLongBangi sorang ja yang lansung tak bangun2 dari tadi. Tak peduli lansung keadaan sekeliling… Isk isk isk… Tiba di jeti kami lepak2 jer la. Ingatkan nak sambung esok pagi. Bincang punya bincang, kami sepakat untuk balik jer… Lagipun tangan terubuk dah terkena duri ikan duri. Malas pulak nak sambung… So, balik jer la…
Kami tiba di rumah mertua aku jam 7.00 pagi. Selepas rehat seketika, kami pun membahagi hasil tangkapan sesama kami. Hasil dibahagi ala kadar asalkan semua merasa. Lepas tu main ambil2 gambar la apa lagi. Hahahahaha… Kenangan tuh…
Tiga ekor lembu yang sedang meragut rumput di kediaman mertua aku… Wakakakakaka…
Sesi memotong mulut yang jahat. Keh keh keh…
Empat pemancing terlampau… Hehehehehe…
Selesai semuanya, masing2 pun dah penat, kami pun balik jer la… Walaupun hasil tak berapa menarik, kami tetap puas dan berasa sangat gembira. Memang trip yang menyeronokkan. Tiada tekanan lansung. Tujuan nak rilek2 pun tercapai. Sekian, terima kasih kerana sudi membaca…
Written by Burned Steel
10 Comments »
izhar on 13 May 2008 at 8:16 pm #
Comano lah aku leh baco sambil habis…
tujuan aku sebanarnyo nak mencari kolam pancing air mengalir kat Bangi
kerol on 27 Jun 2008 at 2:50 am #
adeh…dgn aku2 skali tertarik baca smpi abis…ekeke..anyway..syok gak..good job bro -,-”
rome pine on 08 Jul 2008 at 8:29 pm #
nice
mracai on 28 Jul 2008 at 2:17 pm #
wala weeii, best la, aku pon selalu gak gi makin angin sambil memancing kat p sembilan, naik bot tu gak, sewa skrg dh 215 + minyak lam 150 lg, tapi pi p sembilan, kl nak konvoi jom bagi tau leh la pi dua bot skali, berkhemah kat p lalang skali. 0175880880. wallah huallam
pojikun10 on 07 Jan 2009 at 2:16 pm #
wei maybe korg perlukan tekong yg pakar pasal pangkor…
kalu nak mancing kt Pangkor aku ader sepupu leh bwk korg mancing wei…
handal gak..insyaAllah ader rezeki korg..
aku pun asal mmg pangkor…
poji pangkor
012-5414184
p/s: last week dia dpt pari 20kg…besar beb
Terang_Ganu on 08 Feb 2009 at 5:24 pm #
nice jobs. Banyok gambor dari cerita. penerangan tentang gambor amat menarik
abu on 25 Mar 2010 at 3:49 pm #
pojikun10, sewa brapa? brapa org leh naik bot sepupu hang
Zamani on 11 Feb 2011 at 3:50 pm #
aq pun nak sewa ahhh.. best ni kalau nak g sama sama haloo laa.. ada geng mancing seronok. 012 9410279
fadil101 on 22 Jun 2011 at 4:23 pm #
mcmana gak aku leh baca sampai abis .. aduhhh byk lagi aku kena survey nih .. dok survey pangkor port pancing tepi pantai nih .. ke sini plak aku tersangkut .. hiks
kally on 02 Nov 2011 at 5:33 pm #
2008-2011 article ni dah 3 tahun, Aku baru jer baca (2:11:2011)… bukan korang jer yang leh santai.. aku baca jer leh santai sambil gelak2.. terimakasih for this article…